Cari @ Amanz

Dropbox OfficeDropbox dan Microsoft hari ini membuat kejutan, apabila mengumumkan kerjasama, sekaligus membolehkan kedua-dua perkhidmatan Dropbox dan juga Office diintegrasikan bersama-sama dengan mendalam serta pada masa yang sama memudahkan para pengguna.

Melalui kerjasama yang diumumkan ini, kelak pengguna boleh membuat penyuntingan untuk dokumen Office mereka terus pada aplikasi Dropbox dengan mudah. Disamping itu, selain pada aplikasi Dropbox, pengguna juga turut boleh mengakses fail-fail yang disimpan di Dropbox melalui aplikasi Office. Pengguna turut boleh memilih untuk menyimpan fail terus ke Dropbox di aplikasi Office.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan pada aplikasi iOS dan juga Android untuk Dropbox terlebih dahulu, sebelum integrasi yang lebih menyeluruh diperkenalkan pada web Dropbox dan Office Online. Pihak Dropbox turut mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan aplikasi untuk Windows Phone dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd