TeamViewer 10 Beta Hadir Dengan Integrasi Storan Awan

TeamViewer 10 Beta Hadir Dengan Integrasi Storan Awan

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

TeamViewer merupakan salah satu perisian yang menawarkan akses secara remote untuk peranti anda pada pelbagai platform, termasuk Windows, Mac dan juga Linux. Terkini, pembangunnya telah pun memperkenalkan TeamViewer 10 Beta yang mana membawakan lebih banyak kawalan dan kemudahan untuk pentadbir dalam bidang IT.

Untuk pentadbir IT juga, kini anda boleh mengawal peranti dengan lebih efisyen, dan pada masa yang sama mengawal akses yang diberikan kepada seseorang menggunakannya.

Melalui TeamViewer 10 Beta ini, ia kini menyertakan kemudahan untuk membuat panggilan video dengan hanya satu klik sahaja, serta menaik-taraf sokongan permesejan yang mana kini memaparkan sejarah perbualan lengkap dengan seseorang.

Disamping itu, kini ia turut menawarkan lebih kawalan ketika membuat sesuatu persembahan, dimana anda boleh mengunci persembahan untuk membuat beberapa perubahan pada fail. TeamViewer 10 Beta ini turut hadir dengan intergasi Dropbox, Google Drive, OneDrive dan Box untuk memudahkan pengguna berkongsi fail menggunakannya.

TeamViewer 10 Beta kini ditawarkan untuk pengguna Windows, Mac dan Linux. Selain daripadanya, versi mudah-alih turut ditawarkan, dan pihak TeamViewer turut menambah penawaran untuk BlackBerry melalui kemaskini baru ini.

Muat-Turun TeamViewer 10 Beta

Muat-Turun TeamViewer untuk peranti mudah-alih


TIPS & ULASAN