Dunia teknologi sering dikaitkan dengan paten dan hak cipta yang khusus untuk sesuatu syarikat sahaja. Terkini, Google dilihat mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak, dimana selepas mengumumkan ia bersama pihak Samsung, kini mereka turut bekerjasama dari segi paten bersama pihak LG Electronics.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dari segi penggunaan paten yang meliputi penggunaan pada produk dan juga teknologi. LG mengatakan perjanjian ini meliputi paten yang telah sedia digunakan oleh kedua-dua syarikat dan yang akan difailkan untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Kerjasama ini juga memperlihatkan perhubungan kukuh Google bersama-sama LG, dan memperlihatkan kedua-dua pihak komited dalam membangunkan produk dan teknologi yang memudahkan kehidupan harian pengguna. Pada masa yang sama juga, kita mungkin akan melihat pengurangan kes-kes berkaitan hak cipta, dan pada masa yang sama memudahkan lagi proses perlesenan.