Cari @ Amanz

Pada tahun 2013 Facebook telah mula menerbitkan laporan statistik berkaitan permintaan kerajaan seluruh dunia berkaitan informasi data sesetengah pengguna. Data yang dipinta kerajaan biasanya berkaitan kes undang-undang terhadap pengguna. Setelah dua laporan diterbitkan sebelum ini, kini Facebook telah mengeluarkan laporan dari bulan Januari sehingga Jun untuk tahun 2014.

FB-gomen-data

Sekiranya pada laporan Januari hingga Jun 2013 tiada data diberikan oleh Facebook kepada Kerajaan Malaysia, dan pada laporan Julai hingga Disember 2013 terdapat sesetengah data diberikan, untuk Januari sehingga Jun tahun ini ia dilihat menunjukkan peningkatan dari segi data yang telah diberikan oleh Facebook kepada kerajaan. Jumlah permintaan dilihat telah bertambah dan bilangan pengguna atau akaun terlibat masih sama, namun peratusan data diberikan meningkat. Ia tidak diketahui sama ada bilangan pengguna atau akaun terlibat untuk kedua-dua tempoh ini merupakan akaun yang sama.

FB-gomen-2013

Mungkin kenaikan ini berikutan tempoh siasatan yang mungkin memakan masa dan Facebook juga tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan data pengguna kerana setiap permintaan itu perlu berdasarkan terma penggunaan dan undang-undang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd