GTA V Versi PC, PS4 Dan Xbox One Menyokong Mod Pandangan Pertama

GTA V Versi PC, PS4 Dan Xbox One Menyokong Mod Pandangan Pertama

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Capture

Selepas menanti selama lebih setahun akhirnya permainan dunia terbuka Grand Theft Auto V akan ke konsol PS4, Xbox One dua minggu dari sekarang dan pada PC Januari tahun hadapan. Penambahbaikan grafik, frame sesaat dan resolusi lebih tinggi dilakukan oleh pihak Rockstar pada permainan ini. Hari ini Rockstar mengesahkan adan boleh bermain keseluruhan permainan ini pada mod pandangan pertama. Mod ini tidak ada pada versi asal PS3 dan Xbox 360 sebelum ini. Mod pandang pertama ini adalah antara mod yang diminta oleh pengguna PC dan nampaknya Rockstar proaktif dan mendengar maklum balas jutaan peminat mereka. Dari video yang dilepaskan hari ini kami rasakan mod pandangan pertama ini memberikan perspektif berbeza berbanding dari pandangan ketiga sebelum ini. Tidak diketahui sama ada mod ini akan diaktifkan pada versi PS3 dan Xbox 360. Kami ada menemui beberapa video GTA V versi konsol generasi sebelum ini digodam dan mod pandangan pertama ini diaktifkan. Jadi kita tahu ianya boleh dilakukan oleh pihak Rockstar sekiranya mereka mahu.

 


TIPS & ULASAN