Samsung Galaxy Tab Active Akan Dijual Disember Hadapan Pada Harga RM 1599

Samsung Galaxy Tab Active Akan Dijual Disember Hadapan Pada Harga RM 1599

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Pasaran tablet tahak lasak dan kalis air masih lagi baru dan tidak ada banyak tablet mempunyai kemampuan ini. Samsung Tab Active ialah usaha sulung Samsung untuk menceburi pasaran tablet tahan lasak untuk kegunaaan industri. Ia diperkenalkan pada IFA 2014 yang lalu. Hari ini Samsung mengesahkan tablet ini akan memasuki pasaran Malaysia Disember hadapan pada harga RM 1599 . Tablet ni mempunyai skrin 8″ TFT LCD (1280x 800), pemproses 1.2 GHz Snapdragon 400, RAM 1.5 Gigabyte, muatan dalaman 16 Gigabyte, kamera utama 3.1 MP dan bateri sebesar 4450 mAh. Dengan cangkerang khas bergetah, tablet ini mampu menahan hentakan sekiranya ianya jatuh dari ketinggian 1.2 Meter. Selain daripada itu ia juga mempunyai ketahanan ais serta debu IP 67. Turut disertakan ialah stylus kapasitif C Pen untuk memudahkan anda melakar pada skrin Tab Active. Stylus ini boleh disimpan pada cangkerang getah yang disertakan apabila tidak digunakan. Dengan Tab Active Samsung mensasarkan golongan pekerja yang melakukan tugasan lasak ketika di lapangan.

Tahun lalu Samsung ada menghasilkan Samsung Galaxy Tab 3 Kids yang juga mempunyai cangkerang getah tahan lasak. Ia mensasarkan golongan ibu bapa yang mahukan tablet yang tahan lasak untuk anak-anak mereka. Pihak Samsung Malaysia mengesahkan terdapat perancangan untuk membawa fungsi Kid’s Mode Tab 3 Kids dalam masa terdekat. Kami akan membawakan ulasan Tab Active dalam masa terdekat.

Samsung Galaxy Tab Active


TIPS & ULASAN