Cari @ Amanz

Lenovo pada awal bulan lepas telah memperkenalkan beberapa peranti, iaitu Yoga 2 dan juga Yoga Pro 3. Kini, setelah memulakan pra-tempahan untuk Yoga 2 Tablet sebelum ini, hari ini pihak Lenovo turut melancarkan komputer riba berkuasa tinggi terbaru mereka, Yoga 3 Pro secara rasmi di Malaysia.

Lenovo Yoga 3 Pro

Yoga Pro 3 masih mengekalkan ciri-ciri untuk mengubah mod cara penggunaan daripada seperti komputer riba biasa, kepada tablet ataupun sebagai pemain media. Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 13.3-inci dengan resolusi 3200×1800 pixel, dan menyertakan memori sebanyak 3GB RAM. Komputer riba ini menggunakan sistem operasi Windows 8.1.

Komputer riba ini juga membawakan sedikit perubahan pada ruangan pengecasan, dimana ia menggunakan slot pengecasan berasaskan kepada USB. Perkara lain yang turut disertakan adalah slot mikro-HDMI dan juga ruangan USB 3.0, serta penambah-baikkan audio melalui JBL WavesAudio.

Di Malaysia, Yoga Pro 3 akan dijual bermula penghujung November ini, dimana ia akan membawakan tanda harga sebanyak RM4999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd