Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Yoga Pro 3, pihak Lenovo Malaysia turut sama mengumumkan salah satu variasi baru untuk peranti Yoga Tablet 2 mereka, iaitu Yoga Tablet 2 Pro yang mana hadir dengan sebuah projektor terbina bersama-sama dengannya.

Lenovo Yoga Tablet 2 Pro

Tablet ini memfokuskan kepada penggunaan media, dan ia hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci, serta menggunakan sistem operasi Android. Ia menggunakan cip Intel Atom Z3745, memori 2GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 8-megapixel.

Memandangkan Lenovo Yoga Tablet 2 Pro ini memfokuskan kepada fungsi multimedia, selain daripada projektor terbina, tablet ini turut dilengkapi dengan subwoofer untuk menawarkan kualiti audio yang baik.

Di Malaysia, Lenovo akan menjual tablet ini pada harga RM1999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd