Twitter Kini Membolehkan Anda Berkongsi Retweet Terus Ke DM

Twitter Kini Membolehkan Anda Berkongsi Retweet Terus Ke DM

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Twitter sedia popular dengan sokongan RT atau ReTweet, yang mana membolehkan pengguna untuk berkongsi Tweet daripada pengguna Twitter lain dengan mudah. Kini, pihak Twitter dilihat telah mengemaskini sokongan tersebut, dan turut membawakan sokongan untuk berkongsi terus ke DM di Twitter untuk permesejan peribadi bersama-sama rakan anda.

Twitter RT DM

Daripada percubaan kami, fungsi ini hanya ditawarkan pada peranti mudah-alih sahaja, sementara masih tidak ditawarkan untuk pengguna di web buat masa ini. Apabila menekan butang RT pada aplikasi mudah-alih, kini pengguna boleh memilih sama ada ingin Quote, RT seperti biasa, atau menghantar ia kepada rakan anda melalui DM.

Menggunakan fungsi ini, anda boleh berkongsi sesuatu Tweet itu dengan lebih peribadi dengan rakan-rakan terdekat anda, dan tidak lagi perlu menyalin URL sesuatu Tweet secara manual seperti sebelum ini.

Fungsi baru ini dilihat telah diterima oleh segelintir pengguna di peranti Android, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan secara berperingkat.


TIPS & ULASAN