Les Copaque dan Tsuburaya Bekerjasama Membawakan Upin & Ipin Bersama-sama Ultraman

Les Copaque dan Tsuburaya Bekerjasama Membawakan Upin & Ipin Bersama-sama Ultraman

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Baru sahaja pada bulan September yang lalu Animonsta telah bekerjasama dengan pengeluar mainan antarabangsa TOMY dari Jepun. Pada bulan ini Lescopaque pula telah menjalin kerjasama dengan Tsuburaya, pemilik jenama Ultraman, dan bakal menampilkan Ultraman dalam siri animasi serta karnival mereka di Putrajaya pada akhir bulan ini.

Kami difahamkan Ultraman Ribut merupakan Ultraman yang direka khusus buat episod ini yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Sebanyak tiga episod akan menampilkan Ultraman Ribut iaitu pada tarikh 14, 15, dan 16 November. Satu lagi kerjasama antara mereka juga membawakan persembahan langsung dari Ultraman pada Karnival Upin & Ipin pada 21, 22, dan 23 November ini di PICC Putrajaya.

Kerjasama antara Les Copaque dan Tsuburaya ini sememangnya satu lagi perkara yang membanggakan buat industri kreatif tempatan kerana siri lakonan Ultraman mempunyai ramai peminat dan dengan kerjasama sebegini membuktikan siri animasi tempatan berupaya menempa nama di peringkat dunia. Berkemungkinan kita mungkin akan dapat melihat kedua-dua pihak turut bekerjasama untuk hadir dengan aplikasi berbentuk permainan dan sebagainya untuk memasarkan kedua-dua watak ini.


TIPS & ULASAN