Maxis Menambah-Baik Rangkaian Telekomunikasi Dalam Menawarkan Data Yang Pantas Dan Stabil

Maxis Menambah-Baik Rangkaian Telekomunikasi Dalam Menawarkan Data Yang Pantas Dan Stabil

Diterbitkan pada November 5, 2014 oleh .

Maxis semalam telah mengadakan ujian rangkaian telekomunikasi mereka, yang mana turut telah disertai oleh kami, dalam usaha untuk pihak Maxis terus menambah-baik dan memberikan pengalaman penggunaan data yang terbaik kepada para pelanggan mereka.

Maxis 4G

Maxis mengatakan mereka terus menambah-baik dan kini pada tahun ini mereka telah membelanjakan lebih daripada RM1 bilion. Melalui ujian rangkaian yang dinaik-taraf ini, selain daripada menawarkan kelajuan data yang pantas, mereka juga memperlihatkan yang mana ia kini lebih konsisten berbanding sebelum ini.

Melalui data yang dikumpulkan oleh Nielsen, ujian di pelbagai kawasan memperlihatkan kadar muat-turun lebih daripada 1Mbps (hampir 80% ketika masa ujian), laman web popular yang boleh dibuka dalam masa bawah 8 saat, dan tiada masa buffering untuk YouTube (hampir 96% daripada masa ketika ujian).

Buat masa ini, rangkaian baru ini diuji sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan juga Johor. Pihak Maxis mengatakan rangkaian yang dinaik-taraf ini juga akan sekaligus membuatkan Maxis meliputi 75% daripada populasi di Malaysia menjelang penghujung tahun ini.

Pada masa yang sama, pihak Maxis turut menekankan yang mana mereka bukan ingin menjadi yang terpantas, tetapi lebih kepada penawaran perkhidmatan data yang konsisten kepada para pelanggan mereka.

Sebelum ini, Maxis menjadi yang terawal untuk memperkenalkan rangkaian 4G di Malaysia, dan ia sesuatu yang menarik untuk melihat mereka terus menaik-taraf penawaran mereka dengan pelbagai peralatan dan pusat stesen yang baru, disamping hadir dengan pilihan pakej yang menarik untuk pelanggan – termasuk pengenalan Hotlink Hashtag.


TIPS & ULASAN