Selain daripada pelancaran rasmi Apple iPhone 6 di Malaysia, pihak Lenovo turut telah memperkenalkan sebuah peranti baru untuk pasaran China yang mana hadir dengan rekaan yang lebih kurang menyerupai iPhone 6, dan dinamakan sebagai Lenovo “Sisley” S90.
Lenovo “Sisley” S90 ini hadir dengan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAm, dan ruangan storan 16GB. Memfokuskan kepada pasaran China, ia turut dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM dan juga sokongan NFC. Untuk rakaman, ia menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.
Lenovo “Sisley” S90 ini menggunakan Android 4.4.4 KitKat, dan seperti biasa, ia dilengkapi dengan antaramuka khusus daripada Lenovo. Ia akan dipasarkan di China dalam pilihan warna merah jambu, kelabu, emas dan juga perak.
Jadi, adakah sekiranya Lenovo “Sisley” S90 ini memasuki pasaran tempatan, anda akan berminat untuk mendapatkannya?