Carian
Kini Anda Boleh Membuka Fail Dari Google Drive Terus Ke Perisian Komputer Anda
November 6, 2014 Aman

Hari demi hari, Google terus menambah baik penggunaan pelayar web dalam memudahkan kehidupan harian. Terkini, Google melancarkan sebuah pemalam khusus, yang membolehkan pengguna membuka fail dari Google Drive untuk terus dibuka menggunakan perisian yang terpasang pada komputer anda.

Google Drive

Sokongan baru ini berfungsi seperti anda membuka fail pada desktop, dimana anda hanya perlu klik kanan, dan memilih Open With, seterusnya memilih nama perisian yang terdapat dan disokong di komputer anda.

Untuk menggunakannya, anda perlu mempunyai beberapa perkara termasang, seperti aplikasi Drive untuk PC atau Mac, dan kemudian menggunakan pemalam khusus pada pelayar web Chrome anda. Sebaik sahaja ia terpasang, anda boleh membuka fail di Google Drive – terus dari pelayar web menggunakan perisian kegemaran anda.

Komen