WhatsApp Kini Menunjukkan Notifikasi Sekiranya Mesej Yang Dihantar Anda Telah Dibaca

WhatsApp Kini Menunjukkan Notifikasi Sekiranya Mesej Yang Dihantar Anda Telah Dibaca

Diterbitkan pada November 6, 2014 oleh .

WhatsApp ialah aplikasi pemesejan paling popular di dunia. Kami sendiri menggunakannya untuk berhubung dengan teman dan saudara mara. Kemaskini terbaru untuk WhatsApp kini membolehkan anda melihat sama ada mesej yang dihantar sudah dibaca oleh penerima.

Kini, apabila anda menghantar mesej dan ia diterima penerima, dua tanda right akan diperlihatkan pada mesej, dan sekiranya ia dibaca, pihak WhatsApp akan memperlihatkan tanda berwarna biru.

Ini boleh dikatakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai, sekaligus membolehkan anda mengetahui yang mana mesej anda telah dibaca oleh penerima ataupun sebaliknya.

Sebelum ini WhatsApp hanya menunjukkan notifikasi mesej yang ditulis berjaya dihantar kepada penerima. Kini tiada lagi alasan “maaf sayang saya tak baca lagi mesej yang awak hantar” atau “maaf boss tak perasan mesej yang boss hantar tadi”. Sekiranya anda gemar berbohong menggunakan dua alasan di atas segeralah menggunakan aplikasi pemesejan percuma yang lain. Jika tidak tembelang akan pecah dan keharmonian perhubungan mungkin akan terganggu. Alternatif kami ialah tidak melakukan kemaskini ke versi 2.11.431. Tetapi ingat alasan “maaf saya belum kemaskini WhatsApp saya” hanya boleh dilakukan hanya sekali. Jadi pandai-pandailah gunakan talian hayat ini.

Kemaskini baru ini hadir secara berperingkat untuk pengguna Android, BlackBerry, Windows Phone dan iOS seluruh dunia.

Whatsapp-double-tick2

Muat-Turun WhatsApp untuk Android

Muat-Turun WhatsApp untuk iOS


TIPS & ULASAN