HP Pavilion X2 – Peranti Dua-Dalam-Satu Dengan Skrin 10-inci Kini Di Malaysia, RM1199

HP Pavilion X2 – Peranti Dua-Dalam-Satu Dengan Skrin 10-inci Kini Di Malaysia, RM1199

Diterbitkan pada November 6, 2014 oleh .

Hewlett-Packard ataupun HP hari ini telah melancarkan peranti dua-dalam-satu terbaru daripada mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu HP Pavilion X2. Untuk makluman, versi yang dilancarkan di Malaysia adalah versi 10.1-inci, yang mana hadir dengan mod penggunaan sebagai tablet ataupun komputer riba.

HP Pavilion x2 (10-inch)

HP Pavilion X2 ini hadir dengan menggunakan cip Intel Atom, dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM, dan kapasiti storan sebesar 32GB. Pihak HP turut melengkapkan ia dengan beberapa ciri-ciri tambahan seperti audio DTS Sound, dan juga masa bertahan bateri sehingga 11 jam lamanya.

Melengkapkan peranti ini adalah penggunaan Windows 8, dan juga langganan Office 365 percuma selama setahun.

Di Malaysia, HP Pavilion X2 akan dijual pada harga RM1199. Pengguna turut boleh mendapatkan stylus untuk digunakan bersama yang dijual secara berasingan.


TIPS & ULASAN