Cari @ Amanz

Asus Padfone S Mula Dijual – Snapdragon 801, Kamera 13-MP, LTE Pada Harga RM899

Oleh Aman

Link Copied!

Asus Malaysia pada bulan lepas telah berkongsi mengatakan Padfone S akan memasuki pasaran tempatan, dan hari ini secara rasminya ia telah mula ditawarkan di Malaysia. Berbeza dengan keluarga Padfone sebelum ini, untuk Padfone S pihak Asus menjual ia secara berasingan, dimana telefon pintar Padfone S berharga RM899, dan Padfone S Station berharga RM499.

Asus Padfone S

Asus Padfone S membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 801, kamera belakang 13-megapixel, dan turut dilengkapi dengan sokongan LTE serta NFC. Disamping itu, peranti ini turut menyertakan memori 2GB RAM, kamera hadapan 2-megapixel, ruangan mikro-SD, dan menjalankan Android 4.4 KitKat. Pihak Asus turut melengkapkan peranti ini dengan paparan ZenUI yang mana membawakan beberapa ciri-ciri tambahan untuk pengguna seperti Do It Later dan sebagainya.

Memandangkan ia menawarkan spesifikasi peranti flagship pada harga yang rendah, tidak mustahil untuk pihak Asus menerima permintaan yang tinggi untuk peranti ini. Apatah lagi dengan laporan mengatakan ia akan menerima kemaskini Lolipop pada tahun 2015 kelak.

Asus Padfone S


Komen ()