Cari @ Amanz

Opera MiniOpera Mini merupakan salah satu pelayar web yang amat berguna sekiranya anda ingin melayari web dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data. Terkini, pihak Opera membawa Opera Mini setapak kehadapan dengan sokongan penjimatan data untuk video, melalui fungsi dinamakan Video Boost.

Opera mengatakan melalui Video Boost, pengguna boleh mengurangkan penggunaan data, disamping mengelakkan buffering ketika menonton video secara dalam-talian. Opera mengatakan mereka menjayakannya dengan kecilkan data video sebelum ia tiba ke peranti anda, dengan mengambil lihat beberapa perkara termasuk resolusi dan kualiti video.

Bagi anda yang menggunakan iPhone atau iPad, anda boleh menggunakan fungsi baru ini dengan memuat-turun Opera Mini, dan mengaktifkannya dengan ke menu O, di Savings Enabled, pilih Opera Turbo dan pilih Video Boost.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd