Microsoft telah sedia memperkenalkan aplikasi Office untuk iPhone dan juga peranti Android. Namun, ketika pengenalannya, ia hanya terhad untuk membaca dokumen sahaja, sebaliknya untuk menyunting atau membuat dokumen memerlukan langganan Office 365.
Hari ini ia berubah, apabila pihak Microsoft memperkenalkan beberapa perkara baru dengan pelancaran Office untuk iPad yang dikemaskini. Dengan memperkenalkan aplikasi ini untuk iPad, pengguna boleh menikmati Office pada setiap jenis peranti mereka tanpa sebarang masalah.
Pengguna juga kini boleh membuat dokumen dan menyunting pada peranti tanpa sebarang langganan seperti sebelumnya. Tetapi sekiranya anda mempunyai langganan, anda boleh menikmati beberapa ciri-ciri tambahan seperti fungsi kolaborasi, akses ke storan awan dan sebagainya.
Microsoft turut mengatakan versi Office yang dioptimasikan untuk Windows 10 turut akan menyusul tidak lama lagi.
- Muat-Turun Office untuk iOS (Word, Excel, PowerPoint)
- Sertai Android Tablet Preview