Xiaomi agak popular dengan penawaran peranti mudah-alih mereka, yang mana meliputi pelbagai kategori – dari telefon pintar sehinggalah peranti memfokuskan rumah pintar. Terkini, Xiaomi dikatakan akan turut hadir dengan kamera aksi seumpama GoPro tidak lama lagi.
Kamara aksi ini dijangka akan menyertakan lensa dengan rakaman luas meliputi 138-darjah sudut rakaman. Kamera aksi Xiaomi juga dikatakan akan membawakan sokongan rakaman 4K pada kadar 30fps, atau 1080p pada kadar 120fps. Rakaman akan disimpan terus pada kad-SD yang digunakan.
Salah satu perkara yang menjadi tarikan peranti Xiaomi adalah penawaran harganya, dan jualan terus melalui web. Buat masa ini, harga rasmi untuknya tidak diketahui dan berkemungkinan ia akan ditawarkan untuk pasaran China sahaja terlebih dahulu.