Sony Mengumumkan AOSP Android 5.0 Lolipop Untuk Peranti Keluarga Xperia Z

Sony Mengumumkan AOSP Android 5.0 Lolipop Untuk Peranti Keluarga Xperia Z

Diterbitkan pada November 7, 2014 oleh .

Sony sedia menyokong AOSP (Android Open Source Project) untuk beberapa peranti utama mereka dalam memudahkan para pembangun, dan hari ini mereka mengumumkan AOSP untuk Android 5.0 Lolipop yang akan hadir ke peranti Xperia Z1, Z2 dan juga Z3.

Android 5.0 Lolipop merupakan kemaskini terbaru untuk Android, membawakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk antaramuka yang dikemaskini, sekuriti yang lebih baik, kaedah baru untuk mengawal notifikasi, dan prestasi dan penggunaan bateri yang baik.

Sony mengatakan mereka akan menawarkan fail binary yang diperlukan secepat mungkin, dan turut boleh digunakan sebagai asas untuk Custom ROM.

Bercakap mengenai kemaskini versi Sony untuk peranti Xperia, ia akan hadir dalam beberapa bulan lagi, dan pihak Sony mengatakan mereka akan memulakan ujian beta di Sweden.


TIPS & ULASAN