Malware Baru Dipanggil “WireLurker” Hadir Menyasarkan Pengguna iPhone Dan Mac OS X

Malware Baru Dipanggil “WireLurker” Hadir Menyasarkan Pengguna iPhone Dan Mac OS X

Diterbitkan pada November 7, 2014 oleh .

Sebuah malware baru ditemui baru-baru ini, yang mana dilihat menyasarkan kepada pengguna peranti Apple – membolehkan ia mencuri pelbagai data pengguna termausk buku alamat, iMessage, selain membolehkan malware tersebut sendiri dikemaskini dan membuat pelbagai perkara lain.

Malware ini ditemui di China, melalui sebuah kedai aplikasi khusus untuk Mac. Melaluinya, sekitar 400 aplikasi popular yang ditawarkan melaluinya terkesan, dan sehingga kini aplikasi yang mempunyai malware tersebut telah dimuat-turun lebih 356,000 kali. Apa yang menakutkan pengguna adalah, kerana sekiranya komputer Mac pengguna terkesan dengan malware tersebut, ia seterusnya akan turut berpindah ke peranti iOS yang dihubungkan ke Mac tersebut melalui sambungan USB.

Seperti biasa, perkara ini boleh dielakkan dengan memuat-turun daripada sumber rasmi Apple, iaitu Mac App Store – dan perkara ini agak sukar untuk pengguna di China, sekaligus menjadikan mereka sebagai sasaran utama.

Pada masa yang sama, Palo Alto Networks (yang mendedahkan perkara ini), turut menyediakan sebuah tool ringkas untuk anda menyemak sama ada komputer Mac anda telah terkesan dengan malware ini ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN