Cari @ Amanz

AirDroid merupakan salah satu perisian untuk pengguna Android, membolehkan mereka mengawal telefon dan tablet Android menggunakan komputer Windows atau Mac. Ia sehingga kini beroperasi menggunakan pemalam untuk pelayar web, dan kelak tidak lama lagi, pihak AirDroid akan hadir dengan perisian khusus untuk komputer.

AirDroid 3

Melalui AirDroid 3 yang disasarkan pelancaran sekitar penghujung November kelak, pembangunnya akan memperkenalkan perisian untuk Windows dan OS X, sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya tanpa perlu memasang pemalam pada pelayar web. Disamping itu, kemaskini AirDroid 3 juga akan membawa beberapa fungsi baru untuknya.

AirDroid 3 akan menyertakan pelbagai fungsi popular yang disukai pengguna, termasuk kebolehan untuk memindahkan fail antara komputer dan peranti Android, membaca dan membalas SMS, melihat notifikasi panggilan, melihat notifikasi daripada aplikasi, dan juga fungsi Air Mirror (melihat skrin peranti pada komputer).

AirDroid 3

AirDroid 3 ini dijangka akan diperkenalkan sekitar penghujung November atau awal Disember kelak, dan turut akan membawakan sekuriti dan penyulitan E2EE bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd