Samsung Mengatakan Fungsi Find My Mobile Selamat Untuk Digunakan

Samsung Mengatakan Fungsi Find My Mobile Selamat Untuk Digunakan

Diterbitkan pada November 7, 2014 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, salah satu laporan telah hadir mengatakan fungsi Find My Mobile pada peranti Galaxy daripada Samsung mempunyai kerentanan. Terkini, Samsung dilihat telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan masalh tersebut telah pun diatasi pada 13 Oktober lepas, dan tiada sebarang informasi pengguna yang terkesan daripadanya.

Malah Samsung turut mengatakan, sebelum ia dikemaskini pun, tiada data yang boleh diakses oleh pengodam daripada telefon ataupun pelayan mereka. Samsung mengatakan, kerentanan sebelum ini hanya membolehkan pengodam mengunci peranti atau membuatkan ia berbunyi sahaja dan bukannya mengakses data.

Fungsi Find My Mobile merupakan salah satu fungsi untuk peranti Samsung yang menjalankan Android 2.3 dan terkini. Menggunakannya, pengguna boleh melihat kedudukan peranti mereka sekiranya hilang, ataupun mengunci dan memadam data pada peranti mereka sekiranya dicuri.


TIPS & ULASAN