Tablet Terbaru Apple – iPad Air 2 Melepasi SIRIM

Tablet Terbaru Apple – iPad Air 2 Melepasi SIRIM

Diterbitkan pada November 7, 2014 oleh .

Pelbagai peranti baru akan melepasi pengesahan SIRIM terlebih dahulu sebelum ia dipasarkan di Malaysia. Terkini, tablet terbaru daripada Apple, iaitu iPad Air 2 versi WiFi telah pun melepasi SIRIM, dan berkemungkinan kita akan dapat melihat versi LTE turut melepasinya tidak lama lagi.

iPad Air 2

iPad Air 2 telah diperkenalkan pada bulan Oktober yang lepas, dimana ia membawakan skrin bersaiz 9.7-inci dengan resolusi 2048×1536 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan A8X 64-bit yang mana lebih 40% pantas berbanding sebelumnya, masa penggunaan bateri sehingga 10 jam, dan hadir dengan sokongan TouchID. Seperti biasa, ia turut dilengkapi dengan iOS8 yang membawakan beberapa ciri-ciri baru bersama-sama dengannya.

Tarikh jualan dan harga rasmi untuk Malaysia masih tidak diketahui lagi. Selain iPad Air 2, Apple turut telah memperkenalkan iPad Mini 3 pada bulan lepas.


TIPS & ULASAN