Carian
WattUp : “Router Kuasa” Mengecas Peranti Dari Jarak Jauh
November 7, 2014 Effi Saharudin

WattUp

Mei yang lalu kami ada menulis tentang Wi-Power, sebuah sistem mengecas peranti tanpa wayar yang dibangunkan oleh Korea Advanced Institute of Science & Technology (KAIST) . Wi-Power boleh mengecas atau membekalkan eletrik kepada 40 alat elektrik tanpa menggunakan sebarang wayar. Teknologi yang digunakan oleh Wi-Power ialah teknologi pemindahan tenaga elektrik melalui udara yang dipelopori oleh Nicola Tesla. Wi-Power masih lagi di dalam proses ujikaji dan belum bersedia untuk kegunaan awam. Tetapi WattUp ialah sebuah lagi teknologi mengecas peranti tanpa wayar dan dari jarak jauh yang dibangunkan syarikat Energous Corporation. Dengan menggunakan sebuah “router kuasa”. WattUp boleh digunakan untuk mengecas peranti pintar tanpa menggunakan wayar dari jarak jauh. Tidak seperti Wi-Power, WattUp hanya boleh digunakan untuk mengecas peranti pintar. Setiap peranti yang ingin dicas perlu menggunakan cangkerang khas yang boleh mengesan kuasa yang dipancarkan oleh router kuasa WattUp. Bagi mengelakkan peranti dicas ketika tidak diperlukan, terdapat aplikasi khas yang mengawal proses pengecasan. WattUp ialah teknologi yang mensasarkan penggunaannya di restoran dan pejabat. Di masa hadapan sekiranya teknologi ini digunakan secara meluas kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada keperluan mencari palam elektrik di Starbucks untuk mengecas telefon pintar.

Komen