Cari @ Amanz

SwypeSwype merupakan salah satu papan kekunci popular pada platform Android, dan dengan pengenalan sokongan papan kekunci ketiga di iOS8, mereka turut telah menawarkan papan kekunci maya mereka untuk platform tersebut. Kini, pihak Swype mengemaskini aplikasi tersebut dengan beberapa fungsi baru, dan pada masa yang sama menawarkan ia secara percuma.

Swype 1.1 untuk iOS ini kini menyertakan lebih banyak sokongan bahasa, dan rekaan yang dioptimasikan untuk iPad. Disamping itu, ia kini turut menyertakan sokongan emoji, dan beberapa kemaskini kecil yang lain.

Ia tidak diketahui sampai bilakah promosi ini daripada pihak Swype. Anda yang menggunakan iOS8, boleh memuat-turunnya secara percuma, dan menggunakan ia sebagai salah satu papan kekunci alternatif di peranti iPhone atau iPad anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd