Peranti Pertama Menggunakan Jenama “Microsoft Lumia” Bakal Hadir Pada 11 November

Peranti Pertama Menggunakan Jenama “Microsoft Lumia” Bakal Hadir Pada 11 November

Diterbitkan pada November 7, 2014 oleh .

Microsoft hari ini selain daripada menjenamakan laman sosial mereka kepada Microsoft Lumia, mereka turut menjadualkan acara pengumuman sebuah peranti baru pada 11 November kelak, dimana peranti Windows Phone baru dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut.

Lumia 11 Nov

Peranti yang akan diumumkan kelak ini dijangka akan menjadi peranti pertama menggunakan jenama “Microsoft Lumia”, menggantikan penggunaan Nokia sebelum ini.

Apakah nama peranti yang akan diumumkan masih tidak diketahui buat masa ini, tetapi pihak Microsoft melalui penulisan pada blog rasmi mengatakan mereka akan membawakan teknologi mudah-alih yang digunakan ramai melaluinya. Spekulasi turut mengatakan ia berkemungkinan kemaskini kepada keluarga Nokia Lumia 520 sebelum ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 11 November ini untuk melihat sendiri apakah yang akan diumumkan mereka.


TIPS & ULASAN