Google Maps Dikemaskini Untuk Android Dan iOS Dengan Rekabentuk Material Design

Google Maps Dikemaskini Untuk Android Dan iOS Dengan Rekabentuk Material Design

Diterbitkan pada November 8, 2014 oleh .

Google telah sedia memperkenalkan kemaskini kepada pelbagai aplikasi mudah-alih mereka, dan pada minggu ini mereka menawarkan kemaskini untuk aplikasi peta mereka, Google Maps yang mana hadir dengan rekabentuk selari Android 5.0 Lolipop.

Google menamakan penggunaan elemen rekabentuk baru ini sebagai Material Design yang mana boleh mengoptimasikan paparan mengikut saiz skrin tanpa sebarang masalah.

Google Maps

Google Maps

Google turut mengatakan mereka menyertakan integrasi Uber pada aplikasi peta tersebut untuk melihat masa dan kos untuk menggunakannya untuk tujuan transit – tetapi percubaan kami gagal memperlihatkan integrasinya buat masa ini. Berkemungkinan fungsi tersebut terhad untuk Amerika Syarikat untuk permulaan.

Bagi anda yang menggunakan Google Maps, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menggunakan beberapa ciri-ciri baru dan rekaan baru Google Maps yang dibawakan untuk Android dan iOS.

Muat-Turun Google Maps untuk Android

Muat-Turun Google Maps untuk iOS


TIPS & ULASAN