Carian
Google Menerbitkan Panduan Berkongsi Tips Untuk Hadir Dengan Aplikasi Berjaya Di Google Play Store
November 8, 2014 Aman

Google Play Store merupakan kedai aplikasi utama untuk Android, dimana terdapat jutaan aplikasi yang telah terbitkan padanya, dan menerima lebih daripada 50 bilion aplikasi dan permainan sehingga ke hari ini. Dengan angka yang besar ini, semestinya ramai pembangun baru yang ingin mengetahui tips-tips untuk hadir dengan aplikasi yang berjaya pada platform tersebut.

Google Play Guide

Untuk memudahkan pembangun, dan pada masa yang sama berkongsi beberapa panduan menarik, kini Google sendiri menerbitkan sebuah panduan percuma setebal 81 muka surat. Panduan tersebut diterbitkan secara percuma, dan boleh dimuat-turun pengguna dalam bentuk PDF ataupun daripada Google Play Books.

Google sedia membahagikan ia kepada beberapa topik, termasuk panduan bagaimana menerbitkan di Google Play, mengawal kualiti aplikasi, memudahkan penemuan dan carian aplikasi, menjana wang, memantau menggunakan Google Analytics, dan juga tips untuk berjaya di peringkat global.

Sekiranya anda berminat, boleh memuat-turun panduan ini secara percuma, dan pada masa yang sama menambah ilmu berkaitan dengan cara untuk berjaya di Google Play.

Komen