Carian
Overwatch – Permainan Baharu Seumpama Animasi Pixar Oleh Blizzard
November 8, 2014 Effi Saharudin

overwatch

Acara tahunan Blizzcon kini sedang berlangsung di Aneheim California. Perhimpunan peminat permainan komputer rekaan Blizzard ini sudah berlangsung sejak tahun 2005 lagi. Tahun ini Blizzard mengejutkan peminatnya dengan pengumuman permainan dan IP baharu mereka yang dipanggil Overwatch. IP baharu ini ialah sebuah permainan tembak menembak pandang pertama mereka yang kelihatan seperti animasi Pixar. Dari trailer dan pandang pertama yang diperlihatkan Overwatch bolehlah dikatakan sebagai Team Fortress 2 versi Blizzard. Anda boleh memilih 12 watak dari 6 kelas berbeza. Setiap satunya mempunyai kemampuan luar biasa dan fungsi tersendiri. Sebagai contoh Tracer mempunyai kemampuan teleportasi manakala Bastion pula ialah sebuah robot yang mampu berubah menjadi sebuah kereta kebal. Overwatch bukan sahaja IP baharu daripada Blizzard malahan ianya merupakan permainan tembak menembak pandang pertama (selepas SC Ghost dibatalkan) dari studio yang lebih terkenal dengan permainan alam fantasi pandangan ketiga mereka. Sebagai seorang peminat permainan keluaran Blizzard sekali lagi mereka memperlihatkan kemampuan animasi mereka di dalam trailer di bawah. Sekali lagi kami mahu bertanya kepada pihak Blizzard, bilakah mereka akan menghasilkan filem animasi mereka sendiri? Animasi mereka sejak zaman Diablo II lagi sudah boleh mengalahkan animasi studio filem lain. Dengan Overwatch mereka menunjukkan mereka juga boleh menghasilkan animasi yang ceria seakan-akan Pixar. Overwatch akan muncul pada fasa Beta pada tahun hadapan.

 

 

Komen