Selepas sehari ditarik dari Steam, tiga permainan Ubisoft Assassin’s Creed Unity, Far Cry 4 dan The Crew kembali dijual. Pada pagi ini kami diberitahu oleh pembaca kami ketiga-tiga permainan yang sangat dinantikan ini muncul semula.Ini adalah berita baik kepada mereka yang memang mahukan ketiga-tiga permainan ini di Steam. Berita buruknya pula ialah harga jualan dua daripada tiga permainan ini adalah jauh lebih mahal dari harga biasa di Steam. Assassin’s Creed Unity dan Far Cry 4 dijual pada harga RM 201 manakala The Crew dijual pada harga RM 162. Sebagai perbandingan harga jualan Call of Duty : Advanced Warfare ialah RM 164. Jelas sekali harga jualan dua permainan Ubisoft yang paling dinantikan tahun ini adalah lebih mahal dari harga biasa permainan baru di Steam. Kemunculan semula AC:U dan FC4 dengan harga mahal ini sedikit sebanyak mengesahkan ura-ura bahawa sebab kenapa ianya ditarik dari Steam semalam adalah atas sebab pertelagahan meletakkan harga di antara bnisoft dan Valve. Sebagai pengeluar kami rasakan Ubisoft berhak meletakkan harga yang mereka rasakan berpadanan dengan produk yang dijual mereka.Sebagai pengguna pula kita berhad untuk tidak membeli sekarang dan menantikan jualan murah Steam yang pastinya memberikan potongan harga tidak masuk akal.
Sementara menanti harga AC:U dan FC4 turun marilah kita berazam untuk menghabiskan koleksi kesemua permainan komputer yang sudah dibeli tetapi sehingga sekarang masih tidak dimainkan. Hari ini kami akan berusaha menghabiskan Bioshock Infinite yang sudah lebih 9 bulan dibeli. Selamat menikmati hujung minggu kepada anda semua
Teriman kasih kepada Awan untuk tip ini