Facebook Ingin Memberikan Lebih Kawalan Untuk Paparan Kemaskini Di NewsFeed

Facebook Ingin Memberikan Lebih Kawalan Untuk Paparan Kemaskini Di NewsFeed

Diterbitkan pada November 9, 2014 oleh .

Pada Facebook, fungsi News Feed merupakan salah satu halaman utama yang dikunjungi ramai dan menjadi destinasi utama untuk pengguna mengetahui pelbagai kemaskini semasa daripada rakan-rakan dan juga Facebook Pages yang diikuti mereka. Memandangkan ia memaparkan kemaskini daripada semua, mungkin adakalanya anda tidak ingin melihat kemaskini daripada seseorang individu tetapi pada masa yang sama tidak ingin unfriend.

Untuk tujuan tersebut, kini pihak Facebook telah mula memperkenalkan (secara berperingkat) fungsi untuk menyembunyikan kemaskini daripada rakan-rakan atau Facebook Pages yang anda kurang gemari.

Facebook News Feed

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu klik pada anak panah untuk sesuatu kemaskini status, dan seterusnya memilih untuk menyembunyikan kemaskini tersebut. Pengguna kemudian akan diberikan pilihan untuk sama ada News Feed memaparkan kemaskini yang amat sedikit daripada seseorang pengguna, ataupun Unfollow mereka. Sekiranya Unfollow, pengguna akan kekal sebagai rakan, tetapi tiada kemaskini yang akan dipaparkan pada News Feed.

Melengkapkan pengenalan fungsi ini juga adalah sebuah halaman tetapan khusus untuk News Feed, yang mana membolehkan pengguna untuk mengikuti kembali rakan-rakan yang telah anda Unfollow sebelumnya.

Kemaskini baru ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan akan diperkenalkan pada web terlebih dahulu sebelum hadir ke aplikasi mudah-alih.


TIPS & ULASAN