LG Akan Mula Memperkenalkan Kemaskini Android 5.0 Lolipop Untuk LG G3 Pada Minggu Ini

LG Akan Mula Memperkenalkan Kemaskini Android 5.0 Lolipop Untuk LG G3 Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada November 9, 2014 oleh .

LG G3 LolipopLG G3 masih tidak dijual di Malaysia secara rasminya, tetapi terdapat segelintir pengguna yang telah mendapatkan set antarabangsa dan menggunakannya. Berita baik untuk anda, apabila hari ini pihak LG secara rasminya mengumumkan yang mana kemaskini Android 5.0 Lolipop akan ditawarkan untuk peranti anda bermula minggu ini.

Kemaskini LG G3 ini akan ditawarkan secara berperingkat, bermula daripada Poland terlebih dahulu. Pengenalan ini menjadikan LG antara yang terawal memperkenalkan kemaskini tersebut berbanding beberapa pengeluar peranti lain.

Kemaskini Android 5.0 Lolipop ini menyertakan beberapa perkara baru, termasuk kemaskini dari segi antaramuka, penggunaan animasi baru, notifikasi yang ditambah-baik, beberapa kemaskini sekuriti, dan turut menyertakan kebolehan untuk nyah-kunci peranti apabila anda menggunakan jam tangan pintar seperti LG G Watch. Lolipop juga turut menyertakan penggunaan ART untuk menawarkan penggunaan prestasi yang baik pada peranti mudah-alih.

LG turut mengatakan mereka akan mengumumkan kemaskini untuk peranti lain dibawah mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN