Microsoft Dalam Perbincangan Untuk Membuka Pusat Data Di Johor

Microsoft Dalam Perbincangan Untuk Membuka Pusat Data Di Johor

Diterbitkan pada November 9, 2014 oleh .

Dengan perkembangan arena internet dan penggunaan data secara meluas, salah satu perkara yang turut menjadi fokus para gergasi internet adalah pembangunan pusat data di rantau-rantau ramai pengguna untuk memberikan akses yang lebih pantas.

Terkini, Microsoft dilaporkan dalam perbincangan awal untuk membuka sebuah pusat data di Sedenak, Kulaijaya. Perbincangan masih pada peringkat awal, dan sekiranya berjaya, ia akan melihat Microsoft melabur sekitar RM5 bilion ke RM6 bilion untuk membangunkan pusat data di Sedenak.

Sebelum ini, MDeC pernah cuba menarik Microsoft untuk membukanya di Cyberjaya, tetapi Microsoft dilihat lebih berminat untuk melabur di Johor memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Singapura.

Sekiranya perbincangan ini terhasil, maka kita akan dapat melihat impak positif dari segi ekonomi dan teknologi, disamping mungkin menarik lebih banyak syarikat lain untuk turut serta membuka pusat data di Malaysia.


TIPS & ULASAN