Asus ROG GR8 – Komputer Yang Diinspirasikan Daripada Konsol Permainan Kini Di Malaysia

Asus ROG GR8 – Komputer Yang Diinspirasikan Daripada Konsol Permainan Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada November 9, 2014 oleh .

Asus ROG (Republic of Gamers) memfokuskan kepada peranti-peranti yang mengkhususkan kepada fungsi permainan dan multimedia. Terkini, mereka telah pun mengumumkan sebuah komputer baru untuk pengguna tempatan, iaitu Asus ROG GR8 yang mana hadir dengan ciri-ciri menarik dan dioptimasikan untuk digunakan bagi tujuan permainan video.

Asus Republic of Gamers GR8

Asus ROG GR8 ini hadir pada saiz rekaan seumpama konsol permainan, dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i7, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 750Ti, dan memori sehingga 16GB DDR3L. Komputer ini turut hadir dengan sokongan Miracast terbina untuk membolehkan anda memainkan kandungan daripada peranti Android atau Windows 8.1 dengan mudah. Disamping itu, ia turut hadir dengan sokongan 4K melalui HDMI atau DisplayPort apabila pengguna menghubungkan ia kepada HDTV. Pihak Asus mengatakan saiznya yang kompak dan kecil memudahkan pengguna untuk membawa Asus ROG GR8 ini untuk menyertai LAN Party dan sebagainya dengan lebih mudah jikalau dibandingkan dengan komputer desktop lain.

Asus Republic of Gamers GR8

Asus ROG GR8 hadir dengan Windows 8.1, dan turut dilengkapi dengan perisian Steam secara terbina. Beberapa ciri-ciri lain yang turut dilengkapi pada komputer ini adalah sokongan audio SupremeFX yang membawakan kualiti audio menarik. Komputer ini ditawarkan dengan dua aksesori khusus, iaitu tetikus ROG Gladius dan juga papan kekunci mekanikal M801.

Di Malaysia, Asus ROG GR8 akan dijual pada harga RM3388.


TIPS & ULASAN