Gambaran Dua Watak Utama Filem Warcraft Diperlihatkan

Gambaran Dua Watak Utama Filem Warcraft Diperlihatkan

Diterbitkan pada November 10, 2014 oleh .

Filem Warcraft sudah di dalam proses pembuatan selama bertahun lamanya. Kali pertama kami mendengar berita ianya akan dihasilkan ialah pada tahun 2006. Penggambaran mula dilakukan Januari dan siap sepenuh Mei lalu. Tidak banyak maklumat diberikan tentang filem melainkan nama pengarah dan dua prop senjata yang digunakan. Pada Blizzcon yang baru berakhir hujung minggu lalu, dua gambar watak utama filem ini dan barisan pelakon utama diumumkan secara rasmi. Gambar King Llane lakonan Dominic Cooper dan Orgrim nampak seiras dengan watak asal daripada permainan video. Selain Dominic Cooper (Howrd Stark dari filem Captain America) pelakon lain yang diumumkan ialah Clancy Brown, Paula Patton, Ben Foster, Rob Kazinsky dan Daniel Wu. Plot filem ini akan mengikuti jalan cerita Warcraft Orcs and Human dan Tides of Darkness. Tarikh tayangan pula ialah 9 Mac 2016. Kepada mereka yang kurang arif dengan selok belok jalan cerita Warcraft, anda mempunyai lebih dari setahun untuk menelaah sejarah Azeroth. Kami akui kami tidak meminati dunia Warcraft dan masih menanti filem Command And Conquer menjadi realiti. Sesungguhnya kami iri hati dengan peminat Warcraft kerana versi filem permainan kegemaran mereka kini sudah menjadi realiti.

Warcraft-Movie-2

Warcraft-Movie-1

 

 

 


TIPS & ULASAN