Digital News Asia (DNA) Mengumpulkan Dana RM1 Juta – Akan Memperluaskan Pasukan Dan Meliputi Pasaran Baru

Digital News Asia (DNA) Mengumpulkan Dana RM1 Juta – Akan Memperluaskan Pasukan Dan Meliputi Pasaran Baru

Diterbitkan pada November 10, 2014 oleh .

Digital News Asia ataupun lebih dikenali dengan singkatan nama DNA merupakan salah satu laman berita teknologi yang lebih memfokuskan kepada perusahaan dan juga kisah startup di Malaysia. Baru-baru ini mereka telah memperluaskan liputan ke Singapura, dan kini mereka turut telah mengumpulkan dana sebanyak RM1 juta daripada salah satu syarikat ekuiti persendirian – IdeaRiverRun.

Digital News Asia

Dana tersebut akan digunakan oleh DNA untuk terus memperluaskan liputan mereka di Asia Tenggara, disamping pada masa yang sama membangunkan pasukan dan juga produk. DNA mengatakan mereka akan memperluaskan liputan ke Indonesia dalam beberapa bulan lagi, sebelum turut ke Thailan dan juga Filipina.

Selain daripada DNA, IdeaRiverRun juga turut mempunyai pegangan dalam sebuah lagi syarikat penerbit kandungan berbentuk viral, dinamakan Cilisos. Pelaburan ini juga akan terus memperluaskan portfolio mereka dalam bidang kandungan digital yang menjadi trend hangat pada tahun ini.

Pihak DigitalNewsAsia tidak mengeluarkan sebarang angka berkaitan bilangan pembaca dan juga keuntungan yang telah dijana oleh syarikat mereka sehingga ke hari ini.


TIPS & ULASAN