Raspberrry Pi merupakan salah satu komputer bersaiz kecil, membolehkan pengguna menghubungkan ia dengan monitor atau hadir dengan beberapa projek menarik menggunakannya. Ia dibangunkan dengan matlamat untuk membolehkan lebih ramai mempunyai akses kepadanya, dan terkini melalui model baru, Raspberry Pi Model A+, ia membawakan harga jualan yang lebih rendah.
Raspberry Pi Model A+ ini menggunakan pemprosesan BCM2835 dan memori sebanyak 256MB RAM, tetapi hadir dengan saiz yang lebih kecil berbanding Model A sebelum ini. Ia juga turut menggunakan kuasa yang lebih rendah. Perkara baru lain yang turut disertakan adalah sokongan untuk mikro-SD dan juga sokongan audio yang lebih baik.
Raspberry Pi Model A+ ini membawakan harga jualan sebanyak $20 (~RM66), dan mungkin kita akan dapat melihat ia ditawarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.
- Baca : Apakah itu Raspberry Pi