iMessage merupakan salah satu perkhidmatan permesejan berasaskan internet yang disediakan oleh pihak Apple untuk pengguna iPhone, membolehkan mereka menghantar dan menerima mesej menggunakannya. Salah satu masalah yang sering dihadapi pengguna iPhone yang beralih ke peranti lain adalah dimana mereka tidak akan menerima SMS daripada rakan mereka jika mereka tidak mematikan fungsi iMessage.
Terkini, pihak Apple telah pun menyediakan sebuah web khusus untuk membolehkan pengguna nyah-daftar peranti mereka, sekaligus mematikan fungsi iMessage untuk nombor telefon mereka dengan mudah. Pengguna hanya perlu menaip nombor telefon dan Apple akan menghantar kod khusus sebelum pengguna boleh mematikan fungsi iMessage.
Apa pun, fungsi mematikan iMessage melalui penggunaan nombor telefon ini masih tidak menyokong pengguna tempatan, dan terhad untuk pengguna dibeberapa buah negara sahaja. Ia tidak diketahui mengapakah perkara ini berlaku, dan bilakah Apple akan memperluaskan sokongan untuk negara-negara lain.
Jadi, untuk pengguna tempatan yang telah berpindah ke peranti lain dan ingin mematikan iMessage, anda masih perlu mencari iPhone, dan memasukkan kad-SIM anda, sebelum ke Settings > Messages, dan mematikan iMessage.
Layari : Halaman Apple Deregister iMessage