Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih Daripada 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Facebook Messenger Kini Mempunyai Lebih Daripada 500 Juta Pengguna Aktif Bulanan

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Facebook, selain daripada WhatsApp, turut mempunyai perkhidmatan permesejan mereka tersendiri – iaitu Facebook Messenger. Ia sedia ditawarkan dalam bentuk aplikasi berasingan daripada Facebook, serta hadir dengan sokongan panggilan suara, dan beberapa fungsi menarik.

Terkini, pihak Facebook secara rasminya mengumumkan yang mana kini lebih daripada 500 juta pengguna menggunakan Facebook Messenger setiap bulan – sekaligus memperlihatkan angka pengguna perkhidmatan permesejan daripada laman sosial tersebut meningkat dari hari ke hari.

Kami sendiri sering menggunakan sokongan panggilan suara pada Messenger, yang mana kualitinya agak baik jikalau dibandingkan dengan beberapa perkhidmatan permesejan lain, disamping Messenger yang turut menyokong perbualan berkumpulan dan juga kebolehan berkongsi dokumen dan fail dengan mudah.

Facebook turut mengatakan mereka menawarkan kemaskini Messenger setiap dua minggu, dan turut memfokuskan kepada kepantasan dan kestabilan aplikasi permesejan tersebut.


TIPS & ULASAN