Instagram Kini Membolehkan Anda Menyunting Kapsyen Pada Gambar Yang Telah Dikongsikan

Instagram Kini Membolehkan Anda Menyunting Kapsyen Pada Gambar Yang Telah Dikongsikan

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Sokongan menyunting kapsyen pada gambar merupakan salah satu fungsi yang diminta oleh ramai pengguna Instagram, dan hari ini pihak Instagram menawarkan fungsi tersebut melalui kemaskini aplikasi yang ditawarkan untuk iOS dan juga Android.

Instagram Kapsyen

Menggunakan versi baru aplikasi ini, kini pengguna boleh membuat penyuntingan kapsyen pada gambar yang telah sedia diterbitkan mereka. Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna untuk membetulkan kembali kesilapan ejaan dan sebagainya pada gambar-gambar yang dikongsikan mereka di Instagram.

Untuk mengakses fungsi suntingan, pengguna hanya perlu klik pada menu pada gambar di Instagram, dan seterusnya memilih “Edit” pada pilihan tersebut. Setiap gambar yang telah disunting bahagian kapsyen-nya juga akan memaparkan perkataan “Edited” – lebih kurang sama seperti pada Facebook.

muat-Turun Instagram untuk Android

Muat-Turun Instagram untuk iOS


TIPS & ULASAN