Carian
Mozilla Melancarkan Firefox Developer Edition Khusus Untuk Para Pembangun Web
November 11, 2014 Aman

Mozilla Firefox sedia digunakan oleh ramai pembangun web diseluruh dunia, dan hari ini bersempena dengan ulang-tahun ke-10 Firefox, pihak Mozilla melancarkan sebuah pelayar web khusus untuk pembangun web, dinamakan sebagai Firefox Developer Edition.

Firefox Developer Edition

Pelayar web ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi khusus untuk para pembangun, untuk memudahkan mereka membangunkan web dengan mudah menggunakannya. Versi khusus ini juga turut menyertakan tema berwarna gelap, dan rekaan yang berbeza sedikit berbanding dengan versi untuk pengguna umum. Beberapa fungsi khusus yang disertakan termasuk WebIDE untuk membolehkan pembangun membangunkan aplikasi web pada pelayar web, dan juga Valence yang memudahkan debugging (penjenamaan semula untuk Firefox Tools Adapter). Pembangun turut boleh melihat bagaimana sesuatu web akan kelihatan pada pelbagai saiz skrin dengan fungsi “Responsive Design View”, dan ia turut dilengkapi dengan fungsi lain seperti Web Audio Editor, Page Inspector, Network Monitor, Style Editor, dan juga Web Console.

Pengenalan pelayar web khusus ini juga sekaligus memudahkan para pembangun untuk menggunakan hanya satu pelayar web dalam mengoptimasikan web mereka untuk pelbagai platform dengan mudah.

Sekiranya anda seorang pembangun web, anda boleh memuat-turun Firefox Developer Edition ini dalam memudahkan pembangunan web anda. Pihak Mozilla dijangka memperkenalkan pelbagai fungsi-fungsi menarik pada pelayar web ini dari semasa ke semasa.

Komen