Microsoft Hadir Dengan Teaser Ringkas Untuk Peranti Lumia Baru Yang Bakal Diumumkan

Microsoft Hadir Dengan Teaser Ringkas Untuk Peranti Lumia Baru Yang Bakal Diumumkan

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Microsoft bakal mengumumkan peranti Lumia baru pada hari ini, yang mana dijangka akan menjadi peranti keluarga Lumia baru menggunakan jenama Microsoft menggantikan Nokia sebelum ini. Untuk menyambutnya, pihak Microsoft turut telah menerbitkan sebuah video teaser ringkas untuknya.

Microsoft masih menjadikan peranti yang bakal diumumkan misteri, dan beberapa spekulasi mengatakan ia berkemungkinan adalah Lumia 535 ataupun Lumia 1330. Lumia 535 dijangka akan menjadi peranti Windows Phone dengan spesifikasi asas, sementara Lumia 1330 pula dijangka merupakan peranti dibawah keluarga phablet.

Dengan teaser ini, mungkin kita akan melihat Microsoft mengumumkan kedua-dua peranti yang diura-urakan, ataupun salah satu daripadanya. Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada gergasi perkomputeran tersebut dalam tempoh kurang 24 jam lagi.


TIPS & ULASAN