Jumlah pemilik basikal per kapita adalah tertinggi di dunia adalah di Belanda. Negara kelahiran Robin Van Persie ini sudah membuka laluan khas untuk penunggang basikal sejak tahun 1890 lagi. Di Amsterdam contohnya mereka mempunyai masalah tempat meletak basikal yang kronik. Kenapa orang Belanda gemar menaiki basikal? Pertama sekali Belanda adalah sebuah negara yang rata berbanding Malaysia dan harga petrol yang mahal membuatkan rakyatnya lebih gemar menggunakan kenderaan beroda dua ini.Di bandar Krommenie sebuah laluan basikal berpanel solar sepanjang 70 meter dibuka. Laluan ini mampu menghasilkan tenaga elektrik untuk tiga buah rumah.
Projek Solaroad ini ialah fasa pertama yang akan berakhir dengan sebuah laluan berpanel solar sepanjang 1000 meter. Panel solar terbina ini dilindungi dari kerosakan dengan panel kaca setebal 1 inci. Menurut pereka Solaroad panel kaca ini dapat menanggung berat sebuah lori tanpa masalah jadi penggunaan basikal di atasnya adalah sangat selamat. Berita baik bagi mereka yang mahukan sumber elektrik yang mesra alam. Berita buruk pula ialah kos pembinaan Solaroad adalah amat mahal iaitu RM 12.32 Juta untuk laluan sepanjang 70 meter.
Teknologi ini masih lagi baru biasanya kos pembuatan akan menjadi semakin murah apabila digunakan dengan lebih meluas. Jika projek ini berjaya terdapat perancangan untuk menggunakan teknologi yang sebagai permukaan jalanraya pula. Semakin banyak teknologi hijau digunakan sejak kebelakangan ni. Teknologi panel solar sebagai permukaan jalan raya Solar Roadways juga ada dibangunkan di Amerika Syarikat.