Pengguna Jepun Boleh Memuat Turun Manga Dan Anime Naruto Secara Percuma

Pengguna Jepun Boleh Memuat Turun Manga Dan Anime Naruto Secara Percuma

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Naruto-Free-App

Manga popular Naruto berakhir secara rasminya semalam selepas diterbitkan selama 15 tahun. Bab terakhir ini mendapat pelbagai reaksi dari peminat. Ada yang menyukainya dan tak kurang juga yang merasakan saha Naruto dan rakan-rakan harus diteruskan seperti Doraemon. Kami tidak membaca manga ini kerana tidak mempunyai masa lapang. Sekiranya anda seperti kami tidak pernah membaca manga atau menonton siri anime Naruto ada sedikit berita baik untuk anda. Sekiranya anda duduk di Jepun anda boleh memuat turun kesemua siri manga dan anime Naruto secara percuma melalui aplikasi pintar anda. Aplikasi Android dan IOS Naruto Muryou Manga Rensai & Anime Housou Koushiki Apuri  membenarkan pengguna memuat turun secara percuma episod anime setiap hari isnin dan khamis. Pengguna juga boleh memuat turun satu bab manga setiap hari. Selain memberikan akses percuma kepada manga dan anime Naruto, pengguna aplikasi telefon pintar ini boleh mengakses berita terkini serta kandungan berbayar secara terus. Jadi jika anda boleh membaca tulisan kanji serta duduk di negara matahari terbit sila muat turun aplikasi ini bagi memenuhi keperluan Naruto anda. Sebuah model perniagaan yang aneh memberi produk secara percuma kepada peminat.

Muat-Turun Naruto Muryou Manga Rensai & Anime Housou Koushiki Apuri Android

Muat-Turun Naruto Muryou Manga Rensai & Anime Housou Koushiki Apuri IOS


TIPS & ULASAN