Microsoft Lumia 535 Diperkenalkan – 5-inci, Kamera Depan 5-MP, Windows Phone 8.1

Microsoft Lumia 535 Diperkenalkan – 5-inci, Kamera Depan 5-MP, Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Microsoft hari ini memperkenalkan sebuah telefon pintar baru dibawah keluarga Lumia, iaitu Lumia 535. Seperti biasa, ia menggunakan Windows Phone 8.1, dan menjadi telefon pintar pertama yang hadir dibawah penjenamaan Microsoft Lumia – menggunakan logo Microsoft pada bahagian depan dan belakang peranti.

Lumia 535

Lumia 535 ini menggunakan skrin bersaiz 5-inci, kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, cip empat-teras 1.2Ghz, memori 1GB RAM, dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri khusus Windows Phone termasuk sokongan Microsoft Office.

Peranti ini hadir dengan variasi pilihan dwi-SIM atau satu-SIM, dan turut menyertakan ruangan storan 8GB. Peranti ini membawakan tanda harga 110 EUR (~RM457), dan dijangka akan dijual di beberapa buah negara tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN