Microsoft Mungkin Membawa “Cortana” Ke Platform Operasi Lain

Microsoft Mungkin Membawa “Cortana” Ke Platform Operasi Lain

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Cortana merupakan salah satu pembantu maya peribadi yang disediakan oleh Microsoft untuk pengguna Windows Phone. Ia masih ditawarkan terhad kepada pengguna di beberapa buah negara sahaja, dan kini laporan baru hadir mengatakan Microsoft mungkin membawanya ke beberapa platform operasi lain.

Seperti semua sedia maklum, Microsoft dijangka akan menyertakan Cortana pada Windows 10, yang mana akan membawa sokongan pembantu maya berkenaan ke tablet, dan juga komputer riba.

Cortana

Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi sama ada mereka akan membawa ia ke platform khusus seperti iPhone atau Android. Namun, mengikut trend semasa, mereka sedia menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan mereka kepada pengguna kedua-dua platform tersebut – sekaligus memperlihatkan fokus mereka terhadap perkhidmatan berasaskan awan.

Buat masa ini, Google sedia menawarkan perkhidmatan Google Now mereka untuk pengguna iPhone. Mungkinkah kelak Microsoft akan menawarkan Cortana untuk pengguna Android dan iOS?


TIPS & ULASAN