GNOME Memulakan Kempen Untuk Melindungi Tanda Dagang Daripada Pihak Groupon

GNOME Memulakan Kempen Untuk Melindungi Tanda Dagang Daripada Pihak Groupon

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

GNOMENama GNOME merupakan suatu nama yang tidak lagi asing dalam dunia sumber terbuka sejak lebih kurang 17 tahun yang lepas. Mereka sedia mendaftarkan tanda dagang sejak tahun 2006 yang lepas, tetapi kini dilihat pihak Groupon turut sama mendaftarkan tanda dagang untuk jenama yang sama.

Groupon (syarikat yang memfokuskan kepada promosi dan diskaun harian), beberapa bulan lepas telah mengumumkan platform berasaskan tablet dinamakan GNOME, dan kini telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak untuk menggunakan jenama tersebut. Sebanyak 28 permohonan tanda dagang telah difailkan oleh Groupon, dan GNOME membantah 10 daripadanya.

Pihak GNOME Foundation mengatakan mereka telah sedia memberitahu pihak Groupon berkenaan dengan penggunaan tanda dagang mereka sebelum ini, tetapi agak mengejutkan apabila pihak Groupon mengambil langkah untuk terus mendaftarkan nama dagang untuk GNOME. Berbeza dengan GNOME Foundation yang beroperasi tanpa keuntungan, pihak Groupon pula merupakan sebuah syarikat gergasi dengan pendapatan tahunan $2.5 bilion.

Pihak GNOME diberitahu yang mana mereka memerlukan sehingga $80,000 untuk membuat bantahan bagi permohonan 10 tanda dagang ini. Untuk mengumpulkan dana untuknya, pihak GNOME kini memulakan sebuah kempen mengumpulkan dana, disamping pada masa yang sama meminta pengguna untuk berkongsi perkara ini dengan lebih meluas untuk memperlihatkan apakah yang sedang dilakukan oleh Groupon terhadap jenama sumber terbuka popular tersebut.

GNOME pada hari ini masih lagi digunakan pada kebanyakkan versi sistem operasi Linux sebagai persekitaran desktop.

Layari : Halaman Kempen GNOME

Kemaskini: Groupon melalui kenyataan kepada Engadget, telah mengatakan yang mana mereka adalah salah sebuah organisasi yang menyokong komuniti sumber terbuka, dan mereka dalam perbincangan bersama pihak GNOME untuk hadir dengan sebuah penyelesaian yang baik, dan turut terbuka untuk menggunakan jenama lain untuk produk mereka.


TIPS & ULASAN