Xiaomi Bakal Melancarkan Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

Xiaomi Bakal Melancarkan Peranti Baru Untuk Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada November 11, 2014 oleh .

Xiaomi LowyatXiaomi merupakan salah satu pengeluar peranti mudah-alih yang semakin meningkat popular dari hari ke hari. Terkini, mereka menjadualkan acara pelancaran rasmi pusat khidmat mereka pada minggu hadapan, dan bersama-sama dengannya, mereka dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti baru.

Apakah peranti baru yang akan diumumkan masih tidak diberitahu oleh pihak Xiaomi, dan ia masih kekal misteri buat masa ini.

Jikalau mengikut kepada negara jiran kita Singapura, baru-baru ini pihak Xiaomi telah mengumumkan yang mana mereka akan mulakan jualan Redmi Note 4G bermula minggu hadapan. Berkemungkinan besar, Xiaomi mungkin turut akan mengumumkan peranti yang serupa untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan, dan membawakan ia sebagai peranti pertama dengan sokongan rangkaian 4G daripada Xiaomi untuk Malaysia. Selain daripada Redmi Note 4G, antara peranti yang turut dinantikan ramai pengguna tempatan adalah termasuk tablet Xiaomi dan juga peranti utama terbaru daripada mereka, iaitu Xiaomi Mi4.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung berkenaan peranti apakah yang akan dilancarkan oleh Xiaomi pada Isnin hadapan – 17 November. Sementara itu, apakah tekaan anda berkenaan peranti yang bakal dilancarkan oleh Xiaomi untuk pasaran Malaysia?


TIPS & ULASAN