Cari @ Amanz

U Mobile dengan fokus sebagai syarikat mudah-alih memfokuskan kepada sokongan perkhidmatan data, telah menyediakan beberapa penawaran menarik dan harga langganan yang agak rendah. Kini, selepas memperkenalkan penstriman percuma untuk YouTube, mereka turut memperluaskan sokongan untuk penstriman muzik percuma.

UMobile Muzik Percuma

Melalui penstriman muzik percuma ini, pengguna ditawarkan data tanpa had untuk mendengar lagu daripada aplikasi KKBox, Era FM, Hitz FM dan juga My FM. Aplikasi radio dan KKBox tersebut sedia disediakan untuk pengguna Android dan juga iOS.

Perkhidmatan ini akan dikenakan caj sebanyak RM3 sebulan, dan membolehkan pengguna mendengar lagu dan radio tanpa had menggunakannya. Sebagai promosi pengenalan, pihak U Mobile menawarkan perkhidmatan ini secara percuma untuk pelanggan prabayar dan pascabayar yang melanggan pelan data dari pada hari ini sehingga 15 Mei 2015. Selepas tempoh tersebut, pengguna akan diperlukan untuk membuat langganan untuk terus mendengarnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd